(Video) Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara² Gagal Sediakan Wang Hantaran RM15,000
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditumbuk oleh ahli keluarga pasangannya setelah gagal menyediakan wang hantaran RM15,000.
Dalam kejadian jam 3.15 petang di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam kelmarin, mangsa berusia 27 tahun ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid itu kerana tidak dibenarkan meneruskan masjlis akad nikah gara-gara gagal menyediakan wang hantaran yang mencukupi sebanyak RM15,000, lapor Kosmo!
"Ketika merisik Januari lalu, pihak lelaki meminta untuk membayar RM7,500 sebagai wang hantaran. Namun pihak perempuan meminta RM15,000. Pengantin lelaki bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta dibayar secara ansuran sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki RM5,000 dibayar selepas majlis," kata sumber.
Lapor Kosmo!, pengantin lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun itu sejak 3 tahun lalu.
"Pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan. Bagaimanapun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi pengantin lelaki tidak membayar baki RM5,000.
"Oleh kerana tidak bersetuju dengan pemintaan itu, pengantin lelaki dan keluarganya mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis akad nikah menyebabkan pengantin lelaki ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan," katanya.
Keadaan di perkarangan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan di antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.
Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan pendapatan mereka masing-masing.
"Ada sebab hari ini dia tak jadi kahwin kerana hantaran tidak mencukupi. Sebab Allah mahu melindunginya dari keluarga yang seperti itu. Alhamdulillah," kata Ziyad Harris.
"Pihak pengantin perempuan tidak bertimbang rasa dan sebenarnya tidak ikhlas untuk mendirikan masjid untuk anaknya, kurang berakhlak dan cetek ilmu agama," kata Setapak Jaya.
Sumber : PXLMD
Video :
Gaduh Di Majlis Perkahwinan Kerana Hantaran
First time tengok orang wrestling kat majlis kahwin. Selama ni tengok orang buat pertunjukan silat je. ^_^Berlaku di sebuah masjid di Pantai Dalam, pengantin lelaki ditumbuk ahli keluarga pengantin perempuan kerana hantaran tidak cukup.Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak perempuan meminta sejumlah RM15,000.“Pengantin lelaki yang bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis."Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.Kredit: Kosmo Online
Posted by Makinviral.com on Sunday, March 27, 2016
Seo :
- gagal sediakan RM 15,000
- gaduh di majlis perkahwinan kerana wang hantaran
- pengantin lelaki ditumbuk
- dua keluarga tak jadi berbesan
- 'pelamin angan ku musnah'